"Setiap pilihan ataupun tindakan yang anda ambil hari ini memberi kesan pada diri anda pada esok hari."
Hari ini kita sedang melalui zaman di mana maklumat dan juga idea sahaja dijual beli dengan nilai yang besar.Tahukah anda kekayaan sebenarnya datang daripada pemikiran manusia.Hanya dengan satu idea sahaja orang dapat menjadi jutawan walaupun idea itu belum lagi direalisasikan dalam bentuk benda.
Banyak idea - idea yang bernas akhirnya menjadi kejayaan apabila direalisasikan.Contohnya yang dapat dilihat ialah Kentucky Fried Chicken dengan idea ayam gorengnya.Saya teringat kata - kata motivator, orang yang hebat sahaja yang boleh menjayakan idea - idea menjadi realiti.Hati - hati dengan fikiran anda kerana ia menjadi kata - kata, hati - hati dengan kata - kata kerana ia berubah menjadi perbuatan, hati - hati dengan perbuatan kerana ia menjadi kebiasaan, hati - hati dengan kebiasaan kerana ia menjadi karakter kerana ia menentukan masa depan anda.
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)