Search This Blog

Sunday, December 20, 2009

Cergas & Ceria

Assalamualaikum w.b.t.

Motto "Cergas & Ceria" adalah penting diamalkan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa,agama dan ideologi.
"Cergas" dalam ertikata bertenaga,sihat & gagah."Ceria" dalam ertikata seronok & gembira.Perkara ini banyak berkaitan dengan amalan gaya hidup, persekitaran,kekeluargaan,ekonomi & sosial.
Amalan gaya hidup ini dapat dikaitkan dengan amalan kebersihan,pemakanan dan aktiviti riadah.Apabila kita memilih untuk cergas, maka kita mestilah menjaga kebersihan,pemakanan dan aktiviti riadah.Realiti sekarang ini saya telah memerhatikan tabiat orang kita yang jarang menitikberatkan kebersihan,memakan makanan yang tidak sihat,dan kurang aktiviti beriadah.
Orang kita masih lagi mengekalkan sikap membuang sampah di merata - rata tempat.Tong sampah 'recycle' tidak digunakan secara optimum.Kita mesti mempunyai sikap bertanggungjawab terutamanya soal kebersihan.Kebersihan adalah sebahagian dari keimanan.Kebersihan memberi imej yang baik kepada Negara.Contohi orang Jepun yang suka kebersihan.Bandarnya bersih kerana rakyatnya mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan.Kebersihan juga dikaitkan dengan penampilan diri dan ketrampilan diri.Penampilan diri yang bersih dari segi fizikal dan rohani boleh menarik perkara - perkara yang positif dan seterusnya menjadikan diri lebih bersemangat dan cergas menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Menyentuh soal pemakanan pula, rata - rata orang kita tidak peduli tentang apa yang dimakannya.Sangat suka kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak,berkolesterol tinggi,lemak tinggi,garam tinggi hatta harga tinggi pun orang kita sanggup bayar.Mereka bayar sekali dengan harga nyawa mereka yang dipertaruhkan untuk pelbagai penyakit seperti Tekanan Darah Tinggi dan sebagainya.Tidak hairanlah orang kita sangat suka kepada masakan mamak ( Nasi Kandar ) dan Fast Food.Mereka sanggup berbaris dan membayar walaupun dengan harga tinggi.Memang tinggi jika makanan yang mereka nikmati rata - ratanya dari RM5 - RM10 seorang termasuklah minuman.Tabiat pemakanan rakyat Malaysia sukar dibendung dan semakin parah.Bersarapan pagi dengan Nasi Lemak bukannya Oat.Makan Tengahari dengan Nasi Kandar bukannya Nasi Berulam atau Nasi Putih dan Sup Sayur Campur.Makan Malam dengan Fast Food bukan dengan buah - buahan.Tengah Malam pula orang kita makan lagi 'Burger' tepi gerai.Sanggup berbelanja dengan harga tinggi untuk menikmati makanan yang tidak sihat,tidak berzat dan membahayakan kesihatan kita.Jangan salahkan sesiapapun apabila kita disinggahi penyakit - penyakit moden yang banyak memberi implikasi negatif kepada kesihatan diri.Kita patut menyalahkan diri kita yang tidak mempedulikan kesihatan diri.Kita sepatutnya mempunyai kesedaran dan sentiasa mempunyai daya inisiatif membelanjakan wang untuk membeli makanan yang seimbang dan makanan kesihatan tambahan.Untuk aktiviti riadah dan kecergasan, orang kita mestilah mempunyai kesedaran dan motivasi untuk melazimkan aktiviti ini seperti bersenam, berjogging, berbasikal dan'Wall Climbing'.Ini disebabkan oleh aktiviti - aktiviti ini membolehkan badan menjadi cergas & ceria."Badan Cergas, Minda Cerdas", apabila kita mempunyai badan yang cergas, minda kita mempunyai ruang dan masa untuk mengaktifkan pemikiran kreatif.Kebanyakan barang - barang kreatif dan inovatif tercipta hasil pemikiran kreatif.Seperti idea untuk menghasilkan 'Walk - Man' didapati setelah aktiviti berjogging dari rakyat Jepun sendiri.Ia dapat melancarkan peredaran darah yang membawa oksigen ke otak dan memudahkan pemikir memikirkan perkara - perkara yang kreatif dan inovatif.Pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan seperti bermain tenis, badminton, bola sepak dan banyak aktiviti - aktiviti sukan yang lain.Secara kesimpulannya, untuk kekal 'Cergas & Ceria' maka orang kita mestilah menjaga kebersihan,mengambil pemakanan seimbang dan melazimkan melakukan aktiviti - aktiviti riadah iaitu senaman dan aktiviti kecergasan.

No comments:

Post a Comment